Hye...ari ni aku nak citer kat korang macam mana al-kisahnye aku bertemu n encik hubby...ni janji aku kan?
oklah,
kisah cinta kami semuanya bermula ngan kisah telefon aku dicuri
orang...heeee. Dulu masa tingkatan empat, aku duk sekolah berasrama
harian. Boleh dikatakan setiap hari jgak aku balik umah. Maklumlah
asrama harian kan?bukan asrama penuh.Sekolah tu kat Machang, Kelantan.
Nulli Secundus...itulah ejaan motto sekolah tu kalau tak silap
aku..heee..sape yang duk kat Machang, mesti tau sekolah ape. Nak jadikan
cerita, aku ni budak baru kat sekolah tu...dahla tak pernah basuh baju
sendiri, kena berdikari la katakan. Abah pulak saja letak aku kat
sekolah jauh dari rumah, kononnya nak aku berdikari sendiri.Tapi
disebabkan aku tak pandai nak bahagi masa time duk asrama tu, setiap
hari abah kena datang ambil aku untuk balik rumah ke Kota Bharu
ni..hehe. Em setiap kali balik rumah, aku on la handphone tu.Maklumlah
duk asrama tak leh pakai handphone, takut kena cilok n warden.
Satu hari tu, umah aku wat kenduri kesyukuran..ramailah orang datang
umah..aku lupa phone aku letak kat mana. Lepas majlis tu, aku sedar2
phone aku n cousin aku dah kne cilok orang...frust giler!Dahla zaman tu
bukan senang nak pakai phone. Harga handphone time tu bukan cam
sekarang, macam beli baju jew. Nak dijadikan cerita, abang aku yang baik
hati tu bagi lah phone dia tuk aku guna. Aku pun tak tahu nape dia baik
hati sangat, siap beli number prepaid lagi. Aku excited la dapat guna
handphone canggih ni..maklumlah sebelum ni pakai 3310i jew!!haha Time tu
daftar nombor prepaid pun tak macam sekarang, pakai nama sape-sape pun
tak pe. Bila aku on je, terus dapat panggilan masuk! Memang hairan
lar...mane ada sape-sape lagi yang tahu nombor aku nih! Nombor pemanggil
tu pun cantik, nak sama n nombor aku. Bila aku tanya abang, dia cakap
dia beli nombor tu kat kedai, baru je..tak de sape pun yang tahu.
Dah seminggu aku pakai nombor tu, tapi siapa pemanggil misteri tu aku tak tahu lagi. Boleh dikatakan setiap hari dia wat "miss call". Bila aku call pemanggil tu, tak pulak dia angkat!Adui penat layan orang mabuk misscol nie..hehee
Satu hari, aku duk kat kedai umie. Time tu cuti sekolah..jadi setiap hari kena pegi tolong umie kat kedai makan depan rumah tu. Jadi pelayan kedai makan sambilan....heee. Setiap kali kat kedai, aku selalu je kena kacau ngan budak-budak laki yang keje kat kedai aircond seberang jalan tu. Ade je hal nak menyusahkan aku...kalau ditanya nak pesan air ape, diorang cakap i love u..adoiii pening dibuatnya. Umie cakap tak payah layan sangat perangai diorang ni, maklumlah semua budak-budak muda. Sedang aku sibuk kat dapur memasak, tiba-tiba je ada panggilan misteri tu masuk! Aku senyum je la..dah kalis ngan panggilan 'miscol' tu.
Time tu lunch hour, budak-budak laki kat kedai bengkel aircond tu datang ramai-ramai tuk makan. Diorang suka lepak lama-lama kedai umie aku. Makan sepinggan je, duduk berjam-jam. Hati aku tergerak nak buat call kat pemanggil misteri tu. Tiba-tiba, telefon salah seorang budak laki yang duk mlepak tu berbunyi. Memang kuat giler. Dengan tak semena-mena, mata aku hanya tertumpu je kat dia. Terus aku matikan panggilan. Lagi sekali aku buat panggilan tu....dia buat-buat tak dengar lagi. Aku saja biarkan panggilan tu lama. Dia memandang aku dengan muka terkejut, terus matikan telefon. Aku hanya senyum mamandang lelaki tu. Dia malu tuk pandang aku. Kelakar sangat time tu, semua kawan-kawan dia pun pandang aku.
Dua hari selepas panggilan tu, aku dapat sms dari pemanggil misteri tu. Dia tulis, "Saya minta maaf, saya hanya nak berkenalan dengan awak". Aku balas mesej dia, "Tak sangka pulak awak orangnya"....
Perkenalan melalui telefon menjadi titik permulaan kisah aku dan dia. Aku tak sangka lelaki itu pemanggil misteri yang menghantui aku setiap pagi, petang dan malam. Dia pendiam orangnya. Di kalangan kawan-kawan nya, aku tak pernah diusik atau bercakap dengan dia. Dia memang tak banyak cakap. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Sebelum ni aku syak kawan-kawan dia yang lain. Memang tak pernah terlintas dia adalah pemanggil misteri tu. Sejak perkenalan tu, telefon tak pernah lepas dari tangan aku...nak tidur pun pegang phone, makan pun pegang phone...aku tak tahu bila masa aku tak bersama handphone. Umie ngan abah cakap aku kemaruk telefon.heeee.. setiap kali aku ke asrama, aku terpaksa tinggalkan handphone kat rumah sehinggalah suatu hari aku bawak handphone ke asrama. Handphone aku di cilok oleh warden asrama, sampai sekarang dia tak pulangkan.....huuuu Tapi pertemuan kami tidak sampai disitu, kami bertemu setiap kali aku ke kedai umie..ala, cinta monyet, mana pandai nak dating2 lagi time tu, cakap pun dalam phone, kalau jumpe mata empat ni, haram nak cakap...senyum je memanjang....(^,^)*
p/s: Setakat ni dulu kisah permulaan pertemuan kami.....nanti aku citer next time plak ea....bubyeee...salam.

No comments:
Post a Comment