Me

Salam....
Emm..time ni usia kandunganku dah 7bulan lebih..maksudnye dah 30 minggu.Heee...aku rase tubuh aku pun dh makin basau nih!Adus..alamatnyer susah jugaklah nak turunkan berat badan nih nanti...
Aku duk risau time berpantang nanti aku nak berurut ngan sape, sape nak diupah tuk bertungku sume...nak telan ubat ape...adus..risau duk fikir hal ni..yelah, mak aku bukan tak kerja.Dia seorang usahawan wanita yang sentiasa sibuk..huuhu mana nak ade masa nak jaga aku n baby nanti...Member aku pernah sarankan tuk amik ubat maajun Anggun Bistari. Katanya ubat tu sesuai untuk ibu yang nak menyusu..hee...emm aku ade jugak search kat internet, elok juga khasiatnyer..tapi mana nak dapat yea??emm...
Semalam abah bagitau aku, kalau tengok aku sekarang..memang susahlah nak kurus semula.Yelah, aku naik gumuk mendadak..hahaha^^ Comel ape?^^ Abah cakap time aku kecik, aku lah yang paling gemuk sekali..dahlah tak putih macam yang lain, banyak cakap pulak tu. Hehehe ye ke? Abah cakap walaupun aku yang paling tak cantik, hitam manis, tapi aku lah yang paling abah sayang..Waaahhhh!!!Ye ke bah?Seronok dengar...rupanyer aku ni kesayangan abah!Patutlah sejak kecik sume yang aku nak, mesti aku dapat...hehehe
Abah cakap lagi, time kecik2 dulu abang kandung aku berat mulut nak cakap. Hanya panggil "bah,bah" je kalau nak ape-ape...kakak pula suka cakap sorang-sorang..kalau ditanya cakap ape, dia senyum je. Aku yang paling penat abah nak layan..cz bila aku dah start tanye,takkan habis..aku akan tanya "kenapa, apa, kenapa bukan macam ni, kenapa macam tu..." dan sebagainya. Ade je hal yang aku nak tanya. Abah cakap sebab tu lah aku rapat ngan abah. Umie pula malas nak melayan cz soalan aku pelik-pelik..hehehe patutlah aku ni banyak mulut, sejak dari kecik rupenye aku macam ni...hehehe^^Abah cakap aku selalu nangis bila kakak aku cakap aku ni anak pungut, abah amik kat tong sampah. Yelah cz aku berkulit gelap, tak macam abang dan kakak. Abah cakap kakak selalu usik aku cz dia tak suka aku cakap banyak dan banyak soalan. Bila nangis je, abah yang pujuk. Aku masih teringat, setiapkali aku nangis, abah akan nyanyi lagu 'si hitam manis'. hehee sampai aku besar, telinga aku tak pernah lekang ngan lagu yang dinyanyikan oleh abah tuk pujuk aku..hehehe Yelah, abah pun berkulit gelap jugak macam aku. Atuk aku campuran india dan melayu...cz tu lah kulit abah dan aku sama je..hehehe^^tapi yang aku pelik sampai sekarang....kalau sejak kecil sume orang akan cakap aku ni anak abah, tapi bila aku dah besar,sume orang cakap aku macam kembar umie...muka dan kulit aku iras umie..umie aku tu putih, maklumlah keturunan cina. Hehehe pelik betul...macam dayang senandung la pulak aku nih..boleh salin kulit gitu..^^
Emm...ok lah, setakat ni dulu..chow!!!^^


Haa...ni gambar aku time kecik!!^^


Salam....
Ni first time aku tulis blog pasal diri ni...bukan untuk menunjuk-nunjuk...sekadar berkongsi cerita.Kebosanan duk ofis buatkan aku giler-giler nak menaip..heeee..banyak benda aku nak cerita sebenarnya.Tapi sebagai permulaan, aku nak cerita pasal diri aku dulu k!
Nama aku eyna...orang kampung panggil yana, adik-beradik panggil nana, umie n abah aku panggil aku na. Aku tak kisah orang nak panggil aku ape..yang penting panggilan itu mengingatkan aku time kecik-kecik dulu. Pernah satu ketika dulu aku tanya kat abah,"Nape abah bagi nama na?sedap ke nama tu?macam orang kampung jew!"
Ketika tu abah aku wat muka selamba je...dia kata kat aku, "Elok dah tu nama na, kalau abah bagi nama ayam ke, kucing ke...haa..tak ke malu?" Dengar je abah aku cakap camtu, terus aku diam. Yelah, mane tak sakit hati..tanya lain, abah jawab lain. Bila abah tengok muka aku yang mencuka tu, terus dia datang dekat aku. Abah senyum. Abah berkata padaku, "Na, masa na duk dalam perut umie dulu..semua orang cakap na ni anak laki.Pegi scan kat hospital pun doktor cakap laki. Kakak kamu tu, beria-ria nak adik lelaki. Bila tiba saat na lahir,semua orang terkejut..abah pun tak sangka..abah dapat anak perempuan yang comel!Mata dia bulat pandang abah. Hari tu susah hati abah nak bagitau kakak na yang dia dapat adik perempuan. Tapi hati abah seronok dan bersyukur dapat na. Na seberat 3.5kg...lebih berat dari kakak dan abang na.Time tu umie pun dah tak tau nak letak nama ape. Abah pun dah tak tau nak fikir nama ape lagi. Mengingatkan kejadian sebelum ni, abah terfikir nak bagi nama yang bermaksud lemah lembut. Yelah, dah duk bajet baby boy,yang kuar baby girl..takut jgak jadi lasak macam laki. Abah mencadangkan nama Liyana kat umie,terus umie setuju. Kata umie, nama na sama maksud n abah...bererti kelembutan. Umie nak na jadi anak gadis yang lemah lembut perwatakannya". Ulasan panjang abah tu buat aku tersenyum. Baru aku tahu nama aku sangat bermakna buat umie dan abah. Ya, aku tetap bersyukur kerana berkat didikan dan asuhan umie dan abah dari aku kecil sampailah sekarang buat aku jadi insan yang lebih bersyukur. Sekarang aku mengandung 5 bulan hasil perkongsian hidup bersama suami tercinta. Aku redha dengan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah swt kepada aku. Aku tak berharap anak dalam kandungan ini lelaki atau perempuan. Aku cuma berdoa semoga bayi yang ku kandung ini sihat walafiat. Emm...teringat pasal nama baby ni...dua-dua nama dah aku sediakan. Scan baby? Memang tak nampak lagi,saja nak bagi suprise kot..tak nak la berharap sangat, takut nanti kes macam aku dulu berulang lagi..hehehe. Susah tau abah aku nak pujuk kakak aku tuk terima aku jadi adik dia..mana tak nya,dia duk berharap dapat adik laki, dapat adik pompuan..semua baju dan mainan dia time tu, aku yang dapat! Tak best kan kalau kongsi barang kita!heee...tapi sebab hal tu lah jugak aku dan kakak tak boleh gaduh lama-lama,nanti kitorang terasa sunyi sbb tak ada kawan. Bagi kami, dia adalah aku..dan aku adalah dia..sayang betul dgn kakak!Lagipun aku punya seorang je kakak dalam dunia ni...maklumlah, anak tengah kan?Abang seorang, kakak seorang dan adik pun seorang jew!heee....ok lah, aku rase sampai sini dulu buat kali ni..next time kita citer pasal macam mana aku leh jumpe suamiku yea!bubyee....salam. 

No comments:

Post a Comment