Pot Pet Pot Pet...

Salam....
Hai....berjumpe lagi dalam rancangan potpet, potpet eyna...hahahaaha^^
Emmm ari ni aku nak citer pasal peristiwa baru-baru ni yang berlaku dalam hidup aku...heee...
Sempena majlis perkahwinan my adik ipar, banyak persiapan yang dibuat...semuanyer aku, my hubby, adik ipar n ayah mertua je yang buat...kitorang berkampung seminngu menyiapkan kerja-kerja besar nih...mana taknyer...semua wat sendiri...nak harapkan sedara mara, ari majlis baru nampak batang hidung!
Haaa...inilah cerita yang nak aku paparkan wat kali ni..bukan ape...sekadar melepaskan ape yang terbuku dihati ni..hehehee^^
Wat persiapan untuk para tetamu tu, aku ngan adik beradik ipar je yang buat. Mak-mak sedara belah hubby semua takleh nak harap...tak de pun datang jenguk, ni kan pula nak tolong buat. Isk...kalau cakap bukan main best lagi...semua kita buat! time masenye, ko pun tak nampak batang hidung! Mengalahkan datin, sibuk memanjang...padahl bukan keje pun, duk rumah je. Em...sepupu hubby pula yang baru2 ni aku ceritakan...ala pasal laki dia ade pompuan tu,kononnyer nak datang tolong buat ape yang patut...sampai ari majlis baru nampak batang hidung, tu pun datang makan je...geram betul aku dibuatnyer...patutlah mertua aku pun menyampah tengok muka dia..kalau nak mintak tolong orang bukan main lagi cakapnye...bila orang pula minta tolong, haram nak jejak kaki ke rumah! 
Mak saudara pula buat2 macam sibuk banyak hal...datang pun bukan nak tolong, nak jenguk je..ape yang tak ade. pastu kalau nak bagi sponsor skit2 tu ok lah jugak, ni tak...nak itu ini ade time majlis, awak tu kaya sia2...duit kat anak sedara nak kahwin ni pun tak nak bagi...bukan nak mintak...tengoklah keadaan, kalau keluarga kami ni kaya cam ko tak pelah, ko nak demand nak itu ini ade...ni semua pun kitorang usaha sendiri nak bagi lengkap persiapan. Cakap, aku pun boleh!huuuuu^^
Time majlis tu pulak, first time aku kenal sepupu hubby kat pasir mas tu. Sebelum ni tak pernah jumpe, maklumlah majlis kitorang dia tak datang, wat majlis ape2 pun tak datang...time tu aku duk tengah sibuk make up adik ipar aku..dia sampai je, dahlah wat muka kat aku, tegur pun tak...nikan pulak nak bagi salam. Oi cik kak, ko ingat ni rumah bapak ko, ko naik rumah orang tak bagi salam....aku nak ajar pun, ko dah jadi mak orang...takkan tak reti2,nak suh orang ajar, dah tua la...dah cukup matang dalam hidup. Mak ko tak ajar kut...huh!!Menyampah giler aku tengok muka dia...sesibuk aku menguruskan majlis ari tu, aku leh je senyum n bertegur ngan orang datang, ko ni tak kenal tuan rumah ke...patutlah sepupu2 hubby yang lain pun tak ngam ngan dia. Muka kerek semacam, kalo ko kaya sekalipun aku tak kisah...ni datang pun ngan keta cabuk!Dushhhhh!!!Lantaklah ko tak tegur aku sampai ko balik pun...ADE AKU KISAH????
Emm...ni citer pasal sorang lagi...sepupu hubby aku mak andam jugak..ari majlis tu dia datang, tapi makan n minum pun tak. Pakai pun t-shirt...pastu duduk kat bawah khemah duk tengok pelamin..ade lah tu dia komen. Siap buat muka ngan aku...maklumlah aku ngan hubby yang wat pelamin tu,bukan tempah ngan dia...datang ngan muka masam,tegur pun tak..pastu balik! Oiii...ko datang majlis sepupu ko, patut ke ko tunjuk perangai camtu. Bukannya aku tak tau, ko bukan ade majlis pun ari tu...Dusshhhhhhh!!!!!!Aku punyer tagline kat ko....ADE AKU KISAH??????
Lepas majlis semua berlangsung, majlis sambut menantu sudah....mak sedara hubby datang rumah..sanggup tunggu nak mintak duit. Waaaaaa....memanglah ayah mertua aku suh ko tolong uruskan makanan tuk majlis, tapi janganlah ko cekik dia sampai kering....nasib baiklah duit time majlis tu semua aku yang pegang, kalau harapkan mak-mak sedara yang pegang, memang dah habis...huuhuhuhu^^
Korang nak tau bil macam mane...
                                                Daging 40kg + tulang = RM838
                                                        Ayam (35 ekor) = RM 350
                                                      Perkakas rempah = RM 600
                                                                      Jumlah = RM 1,780

Aku tak tau lah rempah ape yang diorang beli sampai RM 600 tu..katanya daging harga RM19.50 sekilo, ayam pulak RM 11 sekilo..Duuuuuuusssssssshhhhhh!!!!!!! Hello..ko ingat aku bodoh ke, harga ayam sekarang RM6-7 je sekilo...daging pulak, RM 16-17 sekilo kalo beli banyak tu... Makcik2, ko sedar tak ko dah ambik keuntungan dalam terang? Ko nak tipu pun agak-agak lah...menyampah aku tengok muka ko time tu...dahlah orang susah, ko cekik sampai camtu sekali..ishk geram aku!!!Tapi tuk tak besarkan cerita, aku pun bayar je lah, demi jaga hubungan ayah mertua ngan adik beradiknya...betullah orang cakap, kalo nak wat kenduri, jangan lah ko serahkan bulat2 kat sedara...nanti gaduh! Kalau ikut ekonomi kat Kelantan ni...RM1800 dah leh ambik ngan katering je...tuk makan 200 orang tu...mak sedara dia bagitau kat aku, diorang wat makan tu tuk 300 orang.Hello,,kalo 300 orang...sedara mara yang lain dah boleh bawak bekal dah skit lauk pauk ari tu, aku sendiri pun dapat gulai satu plastik je tuk bagi kat mak aku..ayam, ikan kering, dan bubur tu pun cukup2 tuk orang datang berarak je...aduii...mana ade tuk 300 orang...duit mengenal pengantin pun aku yang kira, jadi aku tau la ramai mana yang datang...huuuu!!Duuuuuuuusssssssssshhhhhhhh!!!!!!!!!!
Tak pe lah, dah nasib adik ipar aku...dahlah anak yatim...ade mak sedara pun reti nak cekik je...tak de yang betul2 ikhlas nak tolong...sabar je lah dik...walaupun banyak krisis dalaman, majlis perkahwinan mereka tetap lancar. Alhamdulillah....^^ Semoga perkahwinan kamu berdua diberkati dan dikurniakan rezeki olehNya...amin. ^^

Salam......

Hye...rasenyer cam dah lame tak update blog.Maklumlah sibuk sikit n jadual kerja n family. Buat masa sekarang ni,usia kandunganku dah mencecah 24 minggu..tak sabar rasenyer nak menyambut kelahiran kesayangan ramai ni....^^

Kebelakangan ni aku menjadi pendengar setia pada masalah-masalah rumahtangga yang melanda orang disekelilingku. Sedih mendengar cerita mereka. Macam-macam hal yang terjadi. Tapi satu kesimpulan dari mereka ni, akibat kahwin muda. Itu kata mereka lah..tapi bagi aku, kahwin muda bukan penyebab keruntuhan rumahtangga. Ini kerana setiap rumahtangga dikurniakan kebahagiaan dan sikap tolak ansur antara pasangan menjadi faktor utama dalam melayari bahtera perkahwinan bersama, tak kira lah perkahwinan di usia muda mahupun dewasa. Setiap pasangan perlu saling memahami antara satu sama lain dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah.

Aku mendengar 3 cerita yang berbeza dari pasangan kahwin muda ini. Banyak faktor yang melibatkan pergaduhan dan perselihan faham antara mereka yang menjadi faktor penceraian.

Cerita Pertama:

Ini cerita tentang seorang ibu muda yang berusia 24 tahun. Mempunyai anak seramai 3 orang iaitu 2 lelaki dan 1 perempuan. Dia bekerja sebagai tukang sapu. Berbekalkan gaji bulanan sebanyak RM400 sebulan, Siti (bukan nama sebenar), menyara hidup dia dan anak-anaknya selepas digantung tak bertali oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Mereka berkahwin seawal usia 17 tahun ketika Siti baru selesai tamat peperiksaan SPM. Suaminya yang berumur setahun lebih tua darinya hanya bekerja sebagai tukang rumah dan kerja-kerja kasar untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Walaupun kewangan pada ketika itu tidaklah semewah yang diharapkan, mereka dapat meneruskan hidup seharian dengan baik. Selepas itu, si suami mendapat pekerjaan sebagai seorang anggota polis. Mereka sekeluarga hidup aman di rumah berek polis yang disediakan di salah satu daerah di kelantan. Pada masa itu, Siti sudah mempunyai anak kedua mereka. Siti hanya bergantung harap pada kerja suami bagi mendapatkan wang perbelanjaan rumah. Kini, usia perkahwinan mereka mencecah 6 tahun. Mungkin masa telah mengubah segalanya, Siti dan suami tidak lagi seperti dulu...hubungan mereka semakin hambar. Siti mengesyaki si suami mempunyai teman wanita. Apabila ditanyakan hal itu, Siti dimarahi suami dan tidak diendahkan. Baru-baru ini Siti mendapat tahu suaminya membuat pinjaman peribadi dan telah menghabiskan duit pinjaman tersebut untuk wanita itu. Hati siapa yang tidak luluh mendapat tahu suami mabuk bercinta. Siti mengambil langkah membawa anak-anak nya ke rumah ibunya di kampung. Sejak hari tersebut, suami pula tidak pernah ambil peduli tentang sakit demam anak-anak. Kata Siti, suaminya ada mengirim duit belanja untuk anak-anak, tetapi langsung tidak mengambil peduli akan hal dirinya. Siti diperlakukan bagai gantung tidak bertali. Siti mendengar khabar suaminya sudah berkahwin dengan wanita tersebut dan tidak pulang ke rumah berek polis lagi. Sejak keluar dari rumah suaminya, Siti mula bekerja untuk menyara anak-anaknya. Pernah sekali, suaminya datang ke rumah ibunya di kampung bagi menemui anak-anak mereka. Suaminya pernah melarang Siti dari bekerja sebaliknya hanya tumpu kepada anak-anak sahaja. Siti tidak mahu behenti kerja kerana hal ini akan menyukarkan dirinya untuk menampung kehidupan dia dan anak-anak jika si suami tidak memberi nafkah. Siti hanya menunggu si suami kembali ke pangkuan ataupun hanya menunggu keputusan si suami untuk melepaskan dirinya. 

Cerita Kedua:

Perkenalan Yaya dengan Iju membawa kepada perkahwinan di selatan Thailand. Mereka bertindak demikian gara-gara keluarga Yaya dan Iju tidak bersetuju mereka berkahwin. Iju sudah mempunyai anak dan isteri. Manakala pekerjaannya yang tidak menentu membuatkan keluarga Yaya tidak bersetuju untuk mereka berkahwin. Yaya cantik orangnya, tubuh tinggi lampai, dan cerah kulit. Di awal perkahwinan mereka, perkahwinan Yaya dan Iju tidak diketahui oleh isteri pertama. Setelah mereka dikurniakan anak pertama, isteri pertama Iju mendapat tahu hal ini menyebabkan berlaku pergaduhan antara Yaya dan Iju. Mereka sering bertengkar dan selisih faham. Iju juga jarang pulang ke rumah Yaya lagi akibat desakan isteri pertama. Hubungan mereka masih dapat dipertahankan sehingga Yaya mempunyai anak kedua. Iju bukanlah lelaki yang jujur dalam perhubungan dan pekerjaan. Bagi Yaya, Iju adalah segalanya. Iju mula memukul Yaya jika dia tidak mempunyai duit bagi membayar bil rumah, membayar kereta dan lain-lain. Yaya sering menggadai emasnya bagi memberi duit kepada Iju. Bahkan ibu Yaya pernah memberi pinjam wang kepada Iju dalam jumlah ribuan ringgit. Akibat terlalu percayakan suami, Yaya sering menghabiskan duit gajinya untuk si suami. Akibat desakan ibu dan tidak tahan dengan perangai suaminya, Yaya pernah meminta diceraikan. Tetapi Iju tidak mahu menceraikan Yaya sehinggakan Yaya terpaksa membuat tuntutan fasakh. Ekoran dari perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia, Yaya terpaksa membuat fasakh tersebut di selatan Thailand. Iju tidak tahu menahu hal ini sehinggalah Yaya tidak pulang ke rumah mereka sebaliknya tinggal bersama ibunya di kampung bersama anak-anak. Yaya bekerja sebagai kerani di salah sebuah syarikat swasta di Kelantan. Akibat berang dengan tindakan Yaya, Iju ke tempat kerja Yaya dan memukul Yaya. Yaya membuat aduan kepad pihak polis. Ekoran dari itu juga Iju pernah membuat ugutan bunuh kepada sepupu Yaya yang pernah mempertahankan Yaya dari dipukul Iju. Baru-baru ini, Yaya mengenali seorang lelaki. Mereka sering keluar bersama. Ibu Yaya sedar akan kehadiran lelaki itu dalam hidup Yaya dan dirasakan lelaki yang boleh diharapkan untuk menjaga anaknya selepas bekas suami Yaya dulu. Seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri 2011, Yaya dan teman lelakinya keluar dengan izin si ibu untuk makan malam. Yaya dan teman lelakinya terserempak dengan bekas suaminya. Bekas suami Yaya bertindak memukul teman lelaki Yaya dan mengheret Yaya ke keretanya. Yaya dibawa lari oleh bekas suaminya menaiki sebuah kereta. Teman lelaki Yaya hanya pulang ke rumah tanpa memberitahu ibu Yaya akan perbuatan bekas suami Yaya itu. 2 minggu selepas Yaya tidak pulang ke rumah, ibu Yaya terlalu risau dan membuat laporan polis. Polis menjejaki rumah teman lelaki Yaya dan mendapati teman lelakinya itu dibelasah teruk sehingga terlantar sakit di rumah. Silapnya, dia tidak melaporkan hal ini ke balai polis. Ibu Yaya menerima panggilan seorang remaja yang tidak dikenali memberitahu keadaan Yaya yang teruk lebam dan dibelasah sehingga tidak bermaya. Remaja tersebut terserempak dengan Yaya yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Dia ditarik oleh Yaya ke dalam tandas dan diminta untuk menghubungi keluarga Yaya tentang keadaan Yaya. Sepupu Yaya telah ke lokasi tempat Yaya disembunyikan dan pernah terserempak dengan Yaya yang dilihatkan sangat teruk dan tidak bermaya.Malangnya mereka tidak sempat menangkap Iju kerana kelewatan pihak polis berada di lokasi berkenaan. Pihak polis mendapati mereka telah menginap di salah sebuah hotel murah di Kuala Lumpur. Baru-baru ini, pihak polis memberitahu ibu Yaya bahawa mereka telah berada di Kelantan dan tangkapan akan dijalankan perlahan-lahan untuk mendapatkan beberapa lagi maklumat penting yang melibatkan Iju dalam pengedaran dadah. Sehingga kini, Yaya tidak pulang ke rumah dan si ibu dan anak-anak Yaya hanya menanti kepulangan dia di rumah. Entah apalah nasib Yaya di tangan bekas suaminya itu...Semoga Allah membuka pintu hati Iju untuk melepaskan Yaya dalam keadaan baik.Amin. 

Cerita Ketiga:

Mimi dan Shah berkenalan tidak hampir setahun dan berkahwin pada usia muda. Mimi berumur 2 tahun lebih muda dari Shah. Di awal perkahwinan mereka berjalan dengan baik walaupun keluarga kedua belah pihak tidak bersetuju. Keluarga Shah tidak tahu Shah telah berkahwin sehinggalah masuk beberapa bulan mereka berkahwin dan Shah membawa Mimi berjumpa ibunya. Pada mulanya, ibu Shah tidak dapat menerima Mimi sebagai menantu tetapi lama-kelamaan, ibu Shah menerima Mimi seadanya. Ibu Shah pernah memberitahu Mimi supaya tidak mengandung pada usia seawal ini kerana Shah masih muda dan perlu bekerja dengan baik terlebih dahulu. Lagipun keluarga sebelah Shah iaitu saudara mara pihak Shah tidak tahu Shah sudah berkahwin dan ibu Shah mahu ia dirahsiakan terlebih dahulu. Menjelang 2 tahun lebih mereka berkahwin, perangai Shah tidak juga berubah. Shah malas bekerja dan hanya mengharapkan duit dari ibunya. Shah juga tidak pernah mendengar nasihat Mimi untuk tidak berfoya-foya. Shah sering pulang lewat malam sejak akhir-akhir ini. Mimi sedar akan perubahan suaminya kerana Shah tidak lagi suka berborak dengannya. Pada suatu hari, Mimi keluar bersama kawannya ke pantai. Tiba-tiba Mimi terserempak dengan suaminya, Shah, menunggang motosikal dengan seorang perempuan. Mimi cuba memanggil Shah. Apabila Shah melihat Mimi, Shah segera menghidupkan motosikalnya dan beredar dari situ. Sampai di rumah, Shah tidak bercakap dengan Mimi apatahlagi meminta maaf di atas perbuatannya yang berfoya-foya. Mimi sudah tidak tahan dengan perangai Shah dan ibu mertuanya berkeputusan membuat fasakh. Ibu mertuanya tidak habis-habis menyalahkan Mimi kerana Mimi menuduh anaknya begitu. Shah pula enggan mengaku dan tidak mahu lagi bercakap dengan Mimi. Mimi merasakan dirinya hanya sebagai orang gaji di rumah tersebut. Shah tidak pernah membawanya keluar berjalan-jalan ketika dia cuti atau membeli apa-apa untuknya. Akibat tertekan dan perasaan marah terhadap Shah, Mimi pulang ke rumah ibunya di kampung. Mimi hanya mampu berdoa semoga perkahwinannya masih dapat diselamatkan walaupun luka di hatinya tiada siapa yang tahu.

Itulah ketiga-tiga cerita yang berbeza yang aku dengar dari kaum hawa ini...sedih dengar cerita mereka. Tapi aku tidak dapat berbuat apa-apa, kerana semua keputusan terletak di tangan mereka dan jodoh itu datangnya dari Allah swt. Aku hanya mampu memberi nasihat bagi menyelamatkan rumahtangga mereka. Suami aku?Heeee...dia menjadi sumber ilham aku untuk menjadi lebih baik lagi. Dia juga menjadi pendengar setia kepada masalah-masalah rumahtangga. Yelah, sekadar memberi nasihat, tak salah kan? Mana yang elok kita ambil...Mana yang merosakkan tu, segeralah jauhi. 

Ternyata kehidupan berkeluarga ni bukan senang. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi bersama. Tapi perlu kita ingat, dalam melayari bahtera perkahwinan, hanya seorang nakhoda kapal...bukan 2 atau 3. Kalau 2 atau 3 nakhoda kapal, haluan pun dah tak betul....yang perlu kita ingatkan, Suami memainkan peranan utama dalam perkahwinan dan jadilah nakhoda yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga. 

Dalam hadith meriwayatkan:

Kahwinlah dengan wanita yang mencintaimu dan mampu beranak. Sesungguhnya aku akan membanggakan kamu sebagai umat yang terbanyak (HR. Abu Dawud)

Barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana kedudukannya maka Allah akan menambah baginya kerendahan, dan barangsiapa mengahwini wanita kerana memandang harta bendanya maka Allah akan menambah baginya kemelaratan, dan barangsiapa mengahwininya kerana memandang keturunannya maka Allah akan menambah baginya kehinaan, tetapi barangsiapa mengahwini seorang wanita kerana bermaksud ingin meredam gejolak mata dan menjaga kesucian seksualnya atau ingin mendekatkan ikatan kekeluargaan maka Allah akan memberkahinya bagi isterinya dan memberkahi isteri baginya. (HR. Bukhari)

Janganlah seorang isteri minta cerai dari suaminya tanpa alasan (sebab yang dibenarkan), nescaya dia tidak akan mencium bau syurga yang baunya dapat dirasakan pada jarak tempoh empat puluh tahun. ( HR Ibnu Majah)

Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apa hak isteri terhadap suaminya?" Nabi SAW menjawab, "Memberi isteri makan bila kamu makan, memberinya pakaian bila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya, tidak boleh mejelek-jelekkannya dan jangan menjauhinya kecuali dalam linkungan rumahmu. (HR Abu Dawud)

Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi. (HR Abu' Asaakir)

No comments:

Post a Comment