Sunday, January 6, 2013

Welcome back!!!!!

Salam....
Hye frenzz....

Memang dah lame-lame-lame sgt2 dah tak bkak blog nih...hehee maklumlah bz n baby kan!^^
BTW, my baby dah masuk 11 months-old. Cayam mama ni dah start berdiri,seronok tgk! Skg plak dh jadik kesayangan atuk!!huhuhu Tok Abah pulak yang sibuk nak melayan budak kecik nih!Jumm kite ushar gambor2 nih!!!^^

11 bulan dah...^^

Amanda: I'm learning to walk!!

Sebenarnya banyak sgt masalah yang dihadapi kebelakangan ni, buat mama sgt2 bz ngan urusan harian. Baby mama ni nasib baik dah sihat.Dulu suka sgt demam2....tapi skg dh sihat Alhamdulillah..petuanya senang je!Untuk ibu-ibu di luar sana, doa dan ucapan itu adalah satu doa.Kalau kita fikir perkara buruk ttg anak kita, itulah yang jadi. Contohnya kita risau kalau anak kita minum ais akan batuk, anak kita betul2 akan batuk! Semuanya adalah doa dan ucapan ibu. Wahai ibu-ibu yang tersayang, fikirlah dan berdoalah perkara yang positif tentang anak anda. Insyaallah dia pun sihat walafiat. Ya, semuanya bergantung pada qada' dan qadar ALLAH SWT, tapi tidak salah kalau kita berdoa dan berusaha untuk mengubah nasib kita...Eyna selalu amalkan doa ni untuk baby Eyna...

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin) Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 
Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

Insyaallah dia sihat walafiat nanti...amalkan bacaan doa ni yea sebagai zikir harian...^^

Tanggal 10/12/2012.....Ayah mertuaku telah pergi ke Rahmatullah buat selama-lamanya...Memang sgt sedih dan terasa bila dia dh takde!Terutama balik ke rumah peninggalan ayah mertuaku di Kg.Sireh. Arwah sangat baik dan penyayang. Selama tiga tahun Eyna tinggal kat rumahnya. Hidupnya bukan senang seperti orang lain, kais pagi makan pagi...tapi Eyna tetap senang berada kat rumah tu. Segala kemahuan dan keinginan Eyna dia turuti, walaupun Eyna ni hanya menantu. Pemergiannya memberi tamparan yang hebat buat keluarga suami Eyna. Adik-beradik dia masih belum dapat menerima hakikat pemergian arwah sehingga hari ini. Tanggungjawab suami Eyna terhadap adik-beradiknya memberi tekanan hebat untuk suami Eyna juga. Eyna tahu tekanan yang dihadapi suami Eyna sangat besar kerana tindakan suami Eyna dengan tidak mempedulikan Eyna dan anak menggoyahkan rumahtangga kami. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran hambaNya..Eyna tetap sabar dan berdoa semoga suami kembali seperti sediakala. Alhamdulillah...tahun baru ini memberi harapan baru dan kehidupan baru buat Eyna dan keluarga. Suami Eyna dah ok, adik-beradik suami juga dah boleh menerima keadaan.. Eyna berdoa semoga Allah memberi kekuatan dan kesabaran kepada kami sekeluarga...amin.^^

Frenz...
Sempena tahun baru ini 2013, Eyna dah berazam untuk lebih bersabar dalam apa jua halangan yang Eyna tempuhi nanti dalam hidup ni..tak mau dah buat tuduhan melulu tanpa usul periksa.Eyna jugak berazam nak jadi pekerja yang baik dan rajin!^^ Hehehee sbb laporan tahunan tahun lepas, Eyna banyak buat salah. Sebab tak faham sangat dengan keadaan kerja,jadi mengarut je banyak!hahaha

Ok, Insyaallah...Eyna akan menjadi lebih baik, berusaha dan terus berusaha semoga berjaya! Doakan yea....^^


Haaa...kat sini, Eyna nak bagitau!Eyna dah kurus balik taw! Dari 78kg time pregnant kat Amanda tu...skg dah 58kg!!!!hahahaha Program diet Eyna telah berjaya! Ni gambar Eyna time September 2012, 68kg lepas deliver Amanda...n gambar sekarang!!Dah turun 10kg tau!!nak diet???Nanti Eyna share lepas nih....^^

before 68kg and after 58kg!^^

Oklah frenzzz....setakat itu saja untuk hari ni tau!tunggu seterusnya...hehehe^^


 



 

Wednesday, November 2, 2011

My Muka Buku....

Salam...Hyeee...

Welcome to my blog. I'm here just to post my own stories and opinion toward many things. In other words, suka hati aku lah nak tulis ape kat blog ni...heee
By the way, this is my first time of having my own blog. So, decorations and any designs has come spontaneously and i also copied it from other blog yang aku rase cantik mata memandang.oppss sorry kpd yang aku copy cat tu yea..heee..
Okey, kat sini i just want to share my life experiences and my life story to u all. Kalau yang baik tu jadikan pengajaran, yang tak elok sama-sama lah kita renungkan yea....dan selamat beramal!heee
Oh ya...before u all tengok my page, just nak inform..yang ade masalah rabun warna ke, tahap silau yang lebih ke,maaf lah yea..cz font and design for this blog memang terlebih..i memang suka colorful..so faham2 je lar kalau font and background color tue tak match sangat n mata korang k!Heee...
Ok, hopefully, u all enjoy and having fun to read my stories....chill....^^