Family

Salam...
Minggu lepas aku ngan family pegi kenduri kahwin kat Hotel Renaissance. Majlis kahwin orang cina,kawan umie..huuu yang paling best, time tu aku ajak adik2 ipar aku join, rupenyer diorang ajak sekali abang ipar ngan sepupu laki aku..adoiii...mana tak ribut time tu,yelah mak aku ajak aku, my hubby, ngan adik ipar aku je 3 orang..sekali laki adik ipar aku tu ajak abang ipar aku ngan sepupu dia sekali...mana lah muat meja, kalau makan buffet tak pe lah, ni makan hidang..takut tak muat meja. Dah satu meja hanya 10 orang. Mak aku pulak ajak kawan dia, 2 orang..Jadi dah cukup korum lah...bila aku tengok muka laki adik ipar aku tu, berubah wajah dia..yelah rase bersalah. Muka abang ipar ngan cousin dia tu lagi lah...sedih betul! Aduyaii....diorang ni...hampir 5 minit duk kat lobby hotel tu, aku call mak aku. "Umie, mummy ngan anak dia, dah sampai ker?" jawab mak aku, "Tak, diorang tak datang..." Fuhhh....lega hati aku.."Umie, ni abang ngan sepupu Ery datang jugak, leh masuk kan?" mak aku pun bagi green light. Senang hati aku tuk bagitau diorang..yelah, kesian jugak tengok muka diorang tu...dah sampai kat lobby hotel pun, tapi tak leh masuk.Siap pakai baju batik lagi tu...fuhhh!!!heee^^
Sampai kat tingkat 6, aku nampak pengantin pompuan tu, cantik sangat! Tapi sayangnyer gambar yang diambik ni tak clear...

Pose with bride

Paling best tu time makan, heee...aku memang tak tahan! Kitorang dihidang ngan menu best2 sume..table kitorang spesel skit, coz kitorang je satu2nyer tetamu islam..jadi waiter n waitress kat situ tak serve lah arak tu kat kitorang..hanya air oren f&n jew....yang paling aku tak syok, aku hanya leh minum air kosong! Waaaa....dalam banyak2 hotel aku pegi, ni lah first time aku minum air kosong je, dfah air teh cina tu aku tak leh minum cz pahit sangat. Minuman bergas tu memang dah tak boleh, maklumlah...pregnant kan?heheehe^^
Bila dihidangkan soup sharkfin with bird nest tu, aku paling teruja..yelah, dah lame nak makan...3 mangkuk aku habiskan tau. Mana taknyer, masing-masing wat muka nak muntah bila hirup sup tu..hahahaa kelakar betul! My hubby pulak dapat minum sesenduk je, katanya tak sedap...rase pelik! adik ipar aku masing-masing menunjukkan muka loya..kelakar betul. Cousin hubby pula, siap muntah lagi kat tandas..kahkahkah!!!^^
Emmm...ni lah menu2 nyer...sedap aper....rugi tul diorang ni...^^
ni sharkfin soup with bird nest...yummy!!!

Fried chicken with cheesy source

Ikan masak lemon

haaa...ni butter prawn..best2..^^

Sumenyer ada 8 course..suka sangat!

Majlis makan tu diselangi ngan nyanyian dari pengantin dan kawan-kawan....huhuhu bising sangat dewan tu sampaikan baby aku ni sibuk duk menendang! Aduhh...perit telinga aku...tak senang duduk bila si kecil dalam perut ni aktif sangat. Agaknyer suasana kat dewan tu buatkan dia tak senang duduk n nak tido..hampir jam 11 malam, kitorang pun balik...
First time pengalaman makan kat kenduri orang cina kahwin..best jugak..tapi ade yang klakar pun ade..hahahaha^^















Salam.....
Lame tak citer hal family nih...huuuu sekarang ni aku sibuk sangat-sangat. Yelah, my ipar nak kahwin..heee maklumlah, first time umah tu nak wat kenduri kendara besar camni.Kalau time aku dulu majlis menyambut menantu je..nih nak kahwin!heee Semua orang kat umah mertua aku dah sibuk membuat persiapan. Yelah aku pun turut sibukkan diri wat persiapan...
Kalau minggu lepas kitorang sibuk duk pikir hal pinggan mangkuk,khemah, pelamin, and barang hantaran, minggu ni pulak dah sibuk nak pasang pelamin, nak dirikan khemah..and masak-masak..tinggal 2 hari lagi majlis tu nak berlangsung..iaitu 8hb disember 2011 nie.
Aku risau coz banyak lagi persiapan tak siap, hantaran and pelamin. Hal tu bawah pemerhatian aku. Susah jugak nak wat cz tengah sarat macam nie. Tapi my hubby sentiasa membantu....alhamdulillah...^^
Dah selidik macam-macam jenis pelamin,lastly kitorang nak wat dalam khemah pulak. Hehehe maklumlah rumah sempit. Wat kat dalam khemah pun cantik sebenarnye..ok lah, ape pun tunggu aku upload gambar dalam ni nanti yea...Selamat Bekerja untuk family mertua aku...huhuu^^
Haaa...ni gambar majlis akad nikah diorang yang berlangsung kat masjid kg.sireh....

Ni lah hasilnya..aku make up dia sendiri..hehehe^^

With me..
Upacara batal air sembahyang

with my adik ipar...

Cantik sangat!!

Akad nikah berlangsung

Hantaran RM7,000

Upacara sarung cincin kedua belah pihak.




Salam....
Emm rasenyer baru je semalam kita menyambut hari raya aidilfitri..tak puas rasenye jumpa ngan adik beradik aku.Yelah, susah nak berkumpul ramai-ramai kat rumah cam time raye baru ni..rindu aku pada mereka tak lepas lagi..hehe. Maklumlah aku n encik hubby je duk rumah. Adik beradik yang lain duk umah sendiri kat luar dari negeri cik siti wan kembang ni...
Bagi melepaskan rindu kat hati ni, aku nak upload gambar-gambar raye baru ni..macam-macam ade...gelagat yang mencuit hati!Heee...Rindu bangat!!!
Ni lah family kami...


Atuk n nenek bersama cucu-cucunya...
Bersama umie dan kakak


pose cepat!!

Seronok dapat berkumpul ramai-ramai camni kan?Balik raya haji nanti kita pose lak ea.....^^

Salam Aidifitri buat semua yang mengenali kami...maaf zahir n batin..




No comments:

Post a Comment